Sunday, July 19, 2009

Zakat Fitrah: Kadar

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:

· Waktu wajib ialah bermula daripada terbenam matahari pada akhir ramadhan
· Waktu yang paling afdhal ialah bermula dari masuk waktu solat subuh hingga solat sunat Aidilfitri
· Waktu harus ialah sepanjang bulan Ramadhan
· Waktu makruh iaitu selepas solat Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
· Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari satu Syawal

Syarat Wajib Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.