1. Mengapa perlu hidup bantu-membantu?
2. Bagaimana cara kita dapat membantu orang lain?
Jawapan dihantar melalui komen dalam blog ini dan akan dibincangkan pada minggu berikutnya.
Wednesday, August 5, 2009
Sunday, July 19, 2009
Zakat Fitrah Untuk Asnaf Yang Berhak
Dipetik daripada www.utusan.com.my
Ruangan Bicara Agama
Zakat fitrah untuk asnaf yang berhak
Soalan: Ada pihak menyatakan zakat fitrah adalah khusus dikeluarkan kepada asnaf fakir dan miskin sahaja, benarkah pendapat ini?
Jawapan:Memang ada ulama yang berpendapat bahawa zakat fitrah ini khusus bagi fakir dan miskin. Mereka menyandarkan pendapat tersebut kepada sebuah hadis Nabi SAW: "Penuhilah keperluan mereka (fakir dan miskin) pada hari (Aidilfitri) itu (agar mereka tidak meminta-minta)". (riwayat Baihaqi dan Daruquthni daripada Ibnu Umar r.a)
Walau bagaimanapun, sebahagian ulama menyatakan zakat fitrah sama hukumnya dengan zakat harta. Mereka menyandarkan hujah kepada ayat al-Quran di dalam surah at-Taubah, ayat 60 mengenai siapa yang berhak terhadap zakat termasuklah zakat fitrah.
Firman Allah: Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, amil-amil yang menguruskannya, dan orang-orang mualaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang sedemikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (at-Taubah: 60)
Malahan ada ulama yang menyatakan seorang kafir zimmi juga berhak mendapat zakat fitrah jika mereka adalah golongan fakir.
Perbincangan ini boleh dirujuk ke dalam kitab Bidayatul Mujtahid, Juz 1, hal. 584; Fikih Sunnah, Jilid 3, hal. 129, Hukum Zakat, hal. 964 dan Ensiklopedia Fiqh Wanita, Jilid 2, hal. 190.

Zakat Fitrah: Kadar
Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
· Waktu wajib ialah bermula daripada terbenam matahari pada akhir ramadhan
· Waktu yang paling afdhal ialah bermula dari masuk waktu solat subuh hingga solat sunat Aidilfitri
· Waktu harus ialah sepanjang bulan Ramadhan
· Waktu makruh iaitu selepas solat Aidilfitri sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
· Waktu haram iaitu selepas terbenam matahari satu Syawal
Syarat Wajib Zakat
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
4. Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Saturday, July 18, 2009
Zakat Fitrah

Zakat dari segi bahasa beerti bersih, suci, bertambah dan subur. Manakala fitrah pula bermaksud tabiat manusia yang suci bersih. Menurut istilah syarak, zakat fitrah bermaksud mengeluarkan makanan asasi sesebuah negara dengan kadar tertentu dan diberikan kepada orang tertentu dengan kadar tertentu dengan syarta tertentu. Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan. Zakat fitrah boleh dikeluarkan seawal bulan Ramadhan sehinggalah imam berdiri untuk menunaikan solat Aidilfitri.
Islam menggariskan hanya golongan yang tertentu sahaja yang berhak menerima zakat fitrah supaya golongan yang tidak berkemampuan dapat turut sama menikmati suasana kemeriahan Aidilfitri serta dapat beribadat kepada Allah S.W.T dengan sempurna.
Hukum mengeluarkan zakat fitrah ialah wajib. Firman Allah S.W.T : Ambillah zakat daripada harta mereka yang akan membersihkan dan menyucikan mereka...(Surah At-Taubah:103). Daripada Jarir meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Puasa bulan Ramadahan tergantung antara langit dan bumi, ia tidak diangkat kecuali setelah menunaikan zakat.
Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud: "...Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha' (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya"
- Riwayat Muslim

Antara lobak, telur dan kopi........
"Seorang anak mengeluh pada ayahnya mengenai kehidupannya dan bertanya mengapa hidup ini terasa begitu sukar dan menyakitkan baginya. Dia tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya dan hampir menyerah kalah dalam kehidupan. Setiap kali satu masalah selesai, timbul pula masalah baru.Ayahnya yang bekerja sebagai tukang masak membawa anaknya itu ke dapur. Dia mengisi tiga buah periuk dengan air dan menjerangkannya diatas api. Setelah air didalam ketiga periuk tersebut mendidih, dia memasukkan lobak merah didalam periuk pertama, telur dalam periuk kedua dan serbuk kopi dalam periuk terakhir.Dia membiarkannya mendidih tanpa berkata-kata. Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang sedang dilakukan oleh ayahnya. Setelah 20 minit, si ayah mematikan api. Dia menyisihkan lobak dan menaruhnya dalam mangkuk, mengangkat telur dan meletakkannya dalam mangkuk yang lain dan menuangkan kopi di mangkuk lain.Lalu dia bertanya kepada anaknya, "Apa yang kau lihat, nak?" "Lobak, telur dan kopi", jawab si anak. Ayahnya meminta anaknya merasa lobak itu. Dia melakukannya dan berasa bahawa lobak itu sedap dimakan. Ayahnya meminta mengambil telur itu dan memecahkannya. Setelah membuang kulitnya, dia dapati sebiji telur rebus yang isinya sudah keras.Terakhir, ayahnya meminta untuk merasa kopi. Dia tersenyum ketika meminum kopi dengan aromanya yang wangi. Setelah itu, si anak bertanya, "Apa erti semua ini, ayah?" Ayah menerangkan bahawa ketiga-tiga bahan itu telah menghadapi kesulitan yang sama, direbus dalam air dengan api yang panas tetapi masing-masing menunjukkan reaksi yang berbeza.Lobak sebelum direbus kuat, keras dan sukar dipatahkan. Tetapi setelah direbus, lobak menjadi lembut dan mudah dimakan. Telur pula sebelumnya mudah pecah dengan isinya yang berupa cairan. Tetapi setelah direbus, isinya menjadi keras. Serbuk kopi pula mengalami perubahan yang unik. Setelah berada didalam rebusan air, serbuk kopi mengubah warna dan rasa air tersebut."Kamu termasuk golongan yang mana? Air panas yang mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang bakal kamu lalui. Ketika kesukaran dan kesulitan itu mendatangimu, bagaimana harus kau menghadapinya ? Apakah kamu seperti lobak, telur atau kopi ?" tanya ayahnya.Bagaimana dengan kita ? Apakah kita adalah lobak yang kelihatan keras, tapi dengan adanya penderitaan dan kesulitan, kita menyerah menjadi lembut dan kehilangan kekuatan. Atau, apakah kita adalah telur yang pada awalnya memiliki hati lembut, dengan jiwa yang dinamis ? Namun setelah adanya kematian, patah hati, perpisahan atau apa saja cabaran dalam kehidupan akhirnya kita menjadi menjadi keras dan kaku. Dari luar kelihatan sama, tetapi apakah kita menjadi pahit dan keras dengan jiwa dan hati yang kaku? Atau adakah kita serbuk kopi ? Yang berjaya mengubah air panas, sesuatu yang menimbulkan kesakitan, untuk mencapai rasa yang maksimum pada suhu 100 darjah celcius. Ketika air mencapai suhu terpanas, kopi akan terasa semakin nikmat.Jika kita seperti serbuk kopi, ketika keadaan menjadi semakin buruk atau memuncak, kita akan menjadi semakin baik dan membuat keadaan disekitar kita juga menjadi semakin baik. Samalah halnya dengan serbuk kopi yang berjaya mengubah air panas yang membakarnya menjadikan ia lebih sedap dan enak untuk diminum.Antara lobak, telur dan kopi, kita yang mana?
Thursday, July 16, 2009
Kasih Sayang Allah
"Therefore remember Me. I will remember you and be grateful to Me and never be ungrateful to Me."
(Al-Baqarah: 152)
Subscribe to:
Posts (Atom)